Keunikan, Kebaikan & Khasiat Delima

Bagi penggemar delima, pasti sudah ketahui akan khasiat buah dan jus delima. Bagi mereka yang belum pernah minum jus delima, artikel ini mungkin menarik minat anda setelah mengetahui betapa banyaknya manfaat dari jus delima asli.

Jus delima dikatakan mengandungi lebih 100 phytochemicals semulajadi dan apa yang mengejutkan, ada yang menjadikan delima sebagai remedi untuk perubatan sejak beribu tahun dahulu.

Apakah Manfaat Mengamalkan Jus Delima?

Antara kebaikan dan khasiat jus delima yang dipetik dari laman Medical News Today adalah:

” Perbezaan Antara Jus Delima dan Pati Delima Olive House

Perbezaan yang ketara antara pati delima dan jus delima Olive House ialah tahap khasiat dalamnya.

Antioksida yang merupakan salah satu khasiat pati delima telah berkurangan sedikit berbanding Jus Delima. Ini terjadi hasil daripada kerana kesan dari proses evaporation. Ianya merupakan jus delima yang direbus menjadi pekat, 100% organik tanpa sebarang perasa, gula, dan warna tambahan. Process ini bagi menjadikan Jus delima tersebut lalu menjadikan ia lebih pekat dan menjadi pati.

Walau bagaimanapun, pati delima masih lagi tetap baik dan berkhasiat untuk diamalkan. Pengambilan bergantung kepada keperluan badan seseorang.

Di sisi lain, pati delima mempunyai kadar Potassium yang lebih tinggi berbanding jus delima. Proses penyejatan akan melikatkan lagi nilai potassium didalam Pati Delima. Khasiat Pati Delima ini menjadikan ianya diminati sesetengah pengamal Permakanan Qurani.

Antioksida (Punicalagin) ada banyak dalam Pati Delima berbanding Jus Delima. Khasiat Pati Delima ini bertindak sebagai antikeradangan dan membantu merawat sengal-sengal di badan, sakit pinggang, lutut dan sebagainya. Khasiat Pati Delima ini juga menjadikannya sebagai antibiotik organik atau semula jadi yakni ketahanan tubuh badan yang sangat baik.